Sembang ini dibuat oleh veteran di OpenAI, untuk veteran yang lain. Pelajari perkara baharu, mulakan kerjaya baru dan tempuhi kehidupan dengan lebih yakin. Ketik sembang untuk bermula.
Analisis MOS, laporan penilaian dan rekod latihan saya untuk mengenal pasti kemahiran yang boleh dipindahkan untuk kerjaya awam. Cadangkan peranan dan bidang popular yang sejajar dengan pengalaman saya.
Analisis kelebihan dan kekurangan jika saya menggunakan GI Bill saya untuk pengajian ijazah empat tahun berbanding dengan pensijilan jangka pendek. Pertimbangkan kos, masa yang diperlukan untuk melengkapkan pengajian atau kursus dan hasil gaji untuk setiap laluan.
Nilaikan idea perniagaan saya untuk gim yang dimiliki oleh veteran. Kenal pasti permintaan pasaran, kos permulaan dan langkah-langkah undang-undang. Cadangkan sumber yang boleh membantu daripada Small Business Administration dan VR&E. Tanya saya beberapa soalan untuk memastikan saya memikirkan pertimbangan yang paling berkaitan.
Sediakan julat gaji untuk peranan pengurusan peringkat pertengahan dalam bidang logistik di tiga negeri yang saya pertimbangkan. Gunakan data terkini dan tunjukkan perbezaan berdasarkan kos sara hidup.
Cipta bank yang mengandungi pelbagai poin/cerita yang boleh saya gunakan untuk menyesuaikan resume bagi jawatan yang unik. Pastikan setiap poin dinilai jika sesuai.
Bandingkan kurikulum, akreditasi dan kadar penempatan kerja untuk latihan intensif keselamatan siber berbanding dengan program ijazah sarjana muda. Berikan kelebihan dan kekurangan bagi setiap pilihan.
Kenal pasti keperluan pelesenan untuk menjadi juruterbang komersial dengan pengalaman penerbangan tentera. Gariskan langkah-langkah, kos dan anggaran garis masa.
Ringkaskan pilihan untuk perlindungan penjagaan kesihatan selepas pemisahan, termasuk mendaftar dalam penjagaan kesihatan VA, COBRA atau pelan persendirian. Berikan pertimbangan penting untuk keluarga.
Kira kemungkinan impak terhadap Thrift Savings Plan saya jika saya meningkatkan caruman sebelum pemisahan. Berikan nasihat tentang cara memaksimumkan padanan majikan sambil tetap menyimpan untuk peralihan.
Senaraikan dan bandingkan peluang SkillBridge yang terbaik dalam [bidang 1] dan [bidang 2]. Sertakan tempoh program, lokasi dan rakan kongsi pengambilan pekerja.
Sediakan soalan untuk ditanya semasa janji temu pemprosesan keluar akhir saya untuk memastikan saya memahami faedah, gaji akhir dan tanggungjawab saya.
Menggunakan surat pengantar saya sebelum ini dan keterangan pekerjaan yang dilampirkan, buat draf surat pengantar baharu yang menonjolkan kemahiran kepimpinan dan teknikal saya untuk peranan ini.
Ringkaskan misi, nilai dan berita terkini untuk [Syarikat]. Kenal pasti aspek budaya mereka yang perlu diketahui oleh veteran sebelum temu duga.
Bandingkan dua tawaran kerja ini berdasarkan gaji, faedah, perjalanan ulang-alik, peluang pertumbuhan dan budaya. Sediakan senarai kelebihan dan kekurangan.
Cipta jadual dua minggu untuk membolehkan saya bersedia untuk temu duga yang akan datang, dengan mengimbangi masa belajar, temu duga olok-olok dan komitmen peribadi.
Cari siaran kerja kosong awam untuk pekerjaan [peranan] di [Bandar] dan beritahu saya siaran kerja kosong yang sejajar dengan latar belakang saya. Ringkaskan tiga yang teratas.
Senaraikan soalan temu duga biasa yang mungkin diterima oleh veteran tentang perkhidmatan mereka dan cadangkan cara yang ringkas dan positif untuk memberikan respons.
Karang mesej kepada perekrut di LinkedIn untuk memperkenalkan diri saya dan bertanya tentang peranan tertentu di syarikat mereka. Pastikan mesej itu profesional tetapi mesra. [sertakan butiran tentang peranan sasaran]
Berikan petua untuk menyediakan persekitaran saya untuk temu duga maya, termasuk pencahayaan, latar belakang dan audio. Cadangkan senarai semak ringkas.
Bantu saya menjadualkan perjalanan selama seminggu ke [Bandar] untuk menghadiri beberapa temu duga secara bersemuka. Rancangkan logistik perjalanan dan masa penampan.
Tulis biografi ringkas untuk laman web peribadi saya yang merangkumi latar belakang ketenteraan, kemahiran dan aspirasi kerjaya saya. Pastikan biografi itu profesional dan mesra.
Cipta rancangan tiga bulan untuk melengkapkan pensijilan, seperti PMP atau AWS Cloud Practitioner, sambil memohon pekerjaan. Sertakan pencapaian pembelajaran dan tarikh peperiksaan.
Cipta glosari yang menterjemahkan frasa korporat dan akronim yang biasa digunakan kepada bahasa yang jelas. Sesuaikan untuk seseorang yang baru mengenali budaya pejabat.
Analisis e-mel ini sebelum dihantar. Khalayak e-mel ini ialah [rakan sekerja, pelanggan, bos]. Adakah panjang, nada, tatabahasa, ejaan dan nuansa keseluruhan e-mel ini betul?
Cadangkan kursus latihan, saluran YouTube dan blog untuk meningkatkan kemahiran saya dalam [bidang]. Sertakan pilihan percuma dan berbayar.
Cadangkan bahasa untuk menolak permintaan di luar skop kerja saya dengan penuh hormat sambil mengekalkan semangat kerja berpasukan.
Buat draf mesej untuk meminta bimbingan mentor daripada rakan sekerja senior. Nyatakan matlamat saya dan sebab saya menghargai bimbingan mereka.
Semak dek slaid saya untuk taklimat yang akan datang dan cadangkan cara untuk menjadikan dek itu lebih menarik.
Gariskan kemungkinan laluan kemajuan kerjaya daripada [peranan semasa] saya dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Cadangkan kemahiran dan pencapaian yang diperlukan untuk setiap langkah.
Tunjukkan kepada saya cara melihat penyambung ChatGPT yang dibenarkan oleh organisasi saya, cara menyediakan dan idea untuk menggunakan penyambung itu untuk memaksimumkan impak saya.
Bantu saya memahami cara bertindak balas terhadap undangan untuk menghadiri acara sosial dengan rakan sekerja. Jika saya menghadiri acara itu, apakah kesilapan biasa yang harus dielakkan?
Tulis bio ringkas untuk laman web syarikat saya yang menyerlahkan latar belakang, peranan dan minat saya. Pastikan bio itu kurang daripada 100 patah perkataan.
Bantu saya menulis kemas kini status mingguan untuk pengurus saya yang meringkaskan kemajuan, halangan dan rancangan untuk minggu seterusnya.
Beri saya nasihat tentang cara mencari dan berinteraksi secara produktif dengan veteran yang lain di tempat kerja baharu saya. Huraikan pelbagai kemungkinan daripada kumpulan sumber pekerja yang mapan hingga sembang kopi santai.
Tanya saya beberapa soalan untuk memahami elemen teras ketenteraan yang saya gemari dan ingin ulangi sebagai orang awam. Berikan cadangan tentang bidang kerjaya yang selaras dengan elemen teras semasa saya berkhidmat sebagai tentera dan jangan petakan secara langsung kepada kepakaran ketenteraan saya.
Cipta belanjawan untuk tahun akhir saya dalam tentera, termasuk sasaran simpanan, gaji dan perbelanjaan peralihan. Cadangkan peruntukan bulanan yang realistik untuk membina simpanan apabila saya meninggalkan perkhidmatan tentera.
Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang logistik, syorkan kursus atau pensijilan untuk beralih kepada pengurusan rantaian bekalan. Sertakan kedua-dua pilihan dalam talian dan bersemuka serta serlahkan kursus yang layak untuk GI Bill atau SkillBridge.
Selidik tiga bandar yang mempunyai sekolah yang baik dan komuniti yang mesra veteran untuk keluarga saya. Sertakan butiran tentang penilaian sekolah awam, kemampuan perumahan dan jarak ke kemudahan VA.
Cari peranan sukarelawan tempatan atau latihan industri sambilan di Washington D.C. yang sesuai dengan minat kerjaya saya dan membantu saya memperoleh pengalaman awam sebelum pemisahan saya.
Bantu saya buat senarai semak bulan demi bulan untuk satu tahun sebelum pemisahan. Sertakan tugasan seperti janji temu perubatan, kehadiran TAPS dan pencapaian perangkaian.
Cipta jadual perjalanan untuk meninjau keadaan di Washington D.C., dengan fokus pada kejiranan, sekolah, acara perangkaian pekerjaan dan pusat sokongan veteran.
Selidik peluang pekerjaan dalam kerajaan persekutuan yang sepadan dengan latar belakang logistik saya. Terangkan cara menggunakan USAJOBS dengan berkesan dan keutamaan atau laluan pengambilan pekerja yang mungkin terpakai. Kenal pasti sebarang sekatan seperti tempoh menunggu.
Kenal pasti program perantisan yang menerima veteran dalam [bidang]. Jelaskan keperluan permohonan dan faedah.
Semak profil kredit saya dan bantu saya tentukan langkah-langkah untuk layak mendapatkan pinjaman rumah VA selepas pemisahan. Berikan petua untuk meningkatkan kredit dan anggarkan kuasa pinjaman.
Bantu saya tentukan naratif jenama peribadi saya semasa saya beralih kepada kehidupan sebagai orang awam. Tanya saya beberapa soalan tentang diri saya, kemudian cipta identiti jenama yang boleh saya jadikan pegangan untuk digunakan pada LinkedIn dan perbualan 1:1.
Tulis semula ringkasan LinkedIn saya untuk menukar pengalaman ketenteraan kepada bahasa awam yang berkaitan untuk [industri/peranan sasaran]. Pastikan ringkasan itu padat dan tonjolkan pencapaian saya.
Bantu saya mengarang pernyataan singkat 60 saat yang menerangkan latar belakang saya dan perkara yang saya inginkan dalam peranan saya yang seterusnya. Pastikan pernyataan itu jelas dan menarik.
Tulis nota terima kasih yang ringkas dan profesional kepada panel penemu duga yang saya temui semalam. Renungkan tentang satu daripada topik yang kami bincangkan dan nyatakan semula minat saya.
Bertindak sebagai penemu duga teknikal untuk [peranan]. Tanya saya lima soalan tentang [topik] dan berhenti seketika selepas setiap jawapan untuk memberi saya maklum balas. [cuba Mod suara!]
Bantu saya membuat draf README untuk portfolio GitHub saya yang menerangkan projek pengekodan saya dan kaitan projek itu dengan masalah dunia sebenar.
Bimbing saya untuk bersedia menghadapi temu duga kajian kes bagi jawatan perundingan pengurusan. Sediakan senario dan rangka kerja latihan.
Bantu saya mereka bentuk hamparan ringkas untuk menjejaki permohonan pekerjaan saya, dengan menyertakan medan untuk syarikat, peranan, tarikh permohonan, status dan langkah seterusnya.
Analisis tangkapan skrin saya seperti yang ditunjukkan dalam panggilan video. Apakah perubahan yang anda syorkan pada ruang fizikal, persediaan teknikal dan penampilan saya untuk bersedia menghadapi temu duga pekerjaan?
Buat draf permintaan kepada bekas rakan sekerja atau penyelia yang dipercayai untuk menulis surat rujukan yang menonjolkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan saya dengan cara yang menarik perhatian majikan awam.
Simulasikan temu duga menggunakan ciri suara ChatGPT. Tanya saya beberapa soalan untuk [peranan], beri saya masa untuk memberikan respons secara lisan. Berikan maklum balas tentang kejelasan dan rentak saya.
Saya sedang mempertimbangkan untuk mengambil [nama pensijilan]. Tanya saya beberapa soalan untuk menilai perkaitan dan nilai pensijilan itu berbanding dengan masa dan kos yang diperlukan untuk mendapatkan pensijilan itu. Objektif saya ialah [peranan sasaran]
Berdasarkan keterangan pekerjaan saya, bantu saya tetapkan matlamat prestasi yang boleh diukur untuk 90 hari pertama saya. Cadangkan metrik dan pencapaian.
Bantu saya cipta jadual mingguan yang membahagikan masa untuk tugas kerja, senaman, waktu bersama keluarga dan perkembangan peribadi dengan seimbang. Gunakan format jadual.
Bantu saya bersiap sedia untuk semakan prestasi pertama saya dengan menyediakan draf topik perbincangan tentang pencapaian saya dan bahagian yang memerlukan peningkatan. Tanyalah beberapa soalan kepada saya untuk mendapatkan butiran yang diperlukan tentang prestasi saya.
Berikan petua dan pemula perbualan untuk berhubung dengan rakan sekerja pada waktu makan tengah hari atau acara pasukan, terutamanya bagi seseorang yang tidak biasa berbual kosong di pejabat.
Cipta belanjawan untuk tahun pertama saya selepas meninggalkan perkhidmatan tentera berdasarkan gaji baharu saya. Sertakan simpanan untuk persaraan, dana kecemasan dan perbelanjaan mengikut budi bicara.
Jika saya menggunakan GI Bill di universiti, beri saya petua untuk bergaul dengan pelajar yang bukan veteran, belajar dengan berkesan dan mengimbangi kelas dengan kerja sambilan.
Selidik persatuan profesional dalam [industri saya] yang menawarkan peluang perangkaian, pensijilan atau diskaun. Cadangkan persatuan untuk dipertimbangkan dengan lebih lanjut dan sebabnya.
Bantu saya membuat draf agenda yang jelas untuk mesyuarat pasukan yang akan saya ketuai buat kali pertama. Sertakan objektif, topik dan peruntukan masa.
Senaraikan langkah-langkah dan garis masa untuk mengekalkan kelulusan keselamatan atau pensijilan profesional saya semasa bekerja. Sertakan sebarang keperluan pendidikan berterusan.
Analisis pendapatan saya tahun lepas, potongan dan bayaran balik cukai yang diterima, dibandingkan dengan gaji dan tetapan potongan baharu saya. Perkara yang perlu saya ketahui untuk masa cukai dan nyatakan tindakan yang dicadangkan.
Rangkakan rancangan bulanan untuk mengembangkan rangkaian profesional saya, termasuk menghadiri pelbagai acara, menyertai pelbagai kumpulan dalam talian dan menghubungi rakan sebaya.
Bandingkan kos sara hidup, perumahan dan cukai antara bandar Washington D.C. dengan San Francisco. Sertakan faktor seperti utiliti, barangan runcit dan pengangkutan. Gunakan data semasa untuk membantu saya menentukan lokasi perpindahan yang sesuai.
Kenal pasti industri yang dijangka akan berkembang dalam masa lima tahun seterusnya yang menghargai kemahiran kepimpinan dan penyelesaian masalah. Berikan contoh peranan dan keperluan kemasukan yang lazim.
Bantu saya menulis mesej pengenalan ringkas kepada seorang veteran di syarikat yang saya minati. Sebutkan bahawa kami pernah berkhidmat dalam perkhidmatan yang sama dan minat saya dalam bidang mereka. Cadangkan panggilan pendek.
Terangkan langkah-langkah utama untuk mendapatkan DD214 saya dan dokumen pemisahan yang lain. Ringkaskan sebarang tarikh akhir dan kesilapan lazim.
Anggarkan elaun perumahan saya menggunakan GI Bill untuk tiga universiti yang sedang saya pertimbangkan. Bandingkan kos sara hidup di sekitar setiap kampus.
Jelaskan cara kelulusan keselamatan saya mungkin boleh digunakan dalam peranan awam. Gariskan garis masa dan langkah-langkah untuk mengekalkannya semasa peralihan.
Bandingkan program VR&E dengan GI Bill Pasca-9/11 untuk matlamat kerjaya saya. Serlahkan perbezaan faedah, kelayakan dan hasil jangka panjang.
Analisis kelebihan dan kekurangan pekerjaan jarak jauh, hibrid dan di lokasi untuk seseorang yang baru meninggalkan perkhidmatan tentera. Pertimbangkan faktor seperti integrasi komuniti, perjalanan ulang-alik dan gaji.
Anggarkan kos jagaan harian di Washington D.C. untuk dua anak saya dan bandingkan dengan bandar-bandar lain yang kami pertimbangkan. Sertakan pertimbangan senarai menunggu dan purata yuran.
Untuk setiap bandar sasaran saya, anggarkan purata masa perjalanan ulang-alik dan harga sewa biasa di kawasan yang berhampiran dengan majikan yang berpotensi. Ringkaskan kelebihan dan kekurangan.
Bandingkan resume saya dengan keterangan untuk pekerjaan [peranan] ini. Kenal pasti jurang yang ada dan cadangkan poin-poin penting serta kata kunci yang disesuaikan untuk menjadikan resume saya lebih sejajar.
Bertindak sebagai pengurus pengambilan pekerja dan tanya saya soalan temu duga tingkah laku untuk [peranan]. Tunggu jawapan saya, kemudian berikan maklum balas yang menilai jawapan saya berdasarkan format STAR. [sediakan pautan kepada jawatan] [cuba ini menggunakan kedua-dua teks dan Mod suara!]
Cadangkan bahagian dan kandungan yang harus disertakan dalam portfolio profesional untuk mempamerkan projek logistik dan kepimpinan saya. Sertakan petua reka bentuk yang boleh dipilih.
Berikan panduan dan contoh bahasa untuk merundingkan gaji yang lebih tinggi bagi [peranan] dalam [industri]. Sertakan julat yang lazim bagi peranan itu dan faktor yang mempengaruhinya.
Kenal pasti sebarang istilah khusus tentera dalam resume saya dan cadangkan penggantian yang mesra orang awam.
Berdasarkan budaya industri dan syarikat, cadangkan pakaian temuduga yang sesuai untuk veteran [jantina], termasuk petua temuduga maya. [sertakan nama syarikat]
Buat latihan main peranan untuk rundingan gaji dengan saya. Bertindak sebagai pengurus pengambilan pekerja dan berikan respons dalam masa nyata. Berikan maklum balas terhadap respons saya. [cuba Mod suara!]
Analisis keterangan pekerjaan ini dan ekstrak kata kunci utama. Cadangkan cara untuk memasukkan kata kunci itu dalam resume saya. [Keterangan pekerjaan]
Beri saya strategi untuk menggunakan penapis dan operator boolean pada platform pengiklanan pekerjaan utama seperti LinkedIn, Indeed atau USAJobs untuk mencari peranan yang sepadan dengan profil saya.
Senaraikan soalan bijak yang boleh saya ajukan pada akhir temu duga untuk jawatan [peranan] di [syarikat] untuk menunjukkan bahawa saya benar-benar berminat dan berfikir secara kritis.
Selidik peluang latihan industri yang mengalu-alukan veteran yang beralih kepada bidang keselamatan siber. Sila berikan butiran tentang tempoh program, bimbingan mentor dan potensi penukaran kepada pekerjaan sepenuh masa.
Analisis siaran kerja kosong ini dan terangkan setiap elemen yang tidak mudah difahami oleh senior sekolah tinggi biasa. Berikan contoh dan ilustrasi untuk semua elemen dan keperluan jawatan.
Ringkaskan nota mesyuarat ini kepada keputusan utama dan item tindakan yang memerlukan tindakan susulan daripada saya.
Terangkan kepada saya cara mendaftar dalam pelan penjagaan kesihatan dan persaraan syarikat saya. Serlahkan pilihan dan pertimbangan umum.
Tulis ringkasan yang padat tentang hasil daripada projek pertama saya, yang merangkumi objektif, cabaran dan pencapaian.
Bandingkan masa dan kos memandu, pengangkutan awam dan berbasikal ke pejabat saya. Bantu saya tentukan pengangkutan yang harus dipilih.
Jelaskan perbezaan antara 401(k) Tradisional, Roth 401(k) dan Roth IRA. Cadangkan cara untuk memperuntukkan caruman saya berdasarkan umur dan pendapatan saya.
Buat draf e-mel dengan penuh hormat kepada seorang profesor untuk meminta pelanjutan tempoh kerana pertindihan komitmen kerja.
Bantu saya memahami faedah bantuan penempatan semula syarikat saya dan sama ada faedah itu meliputi penyimpanan, perumahan sementara dan kos perjalanan. Ringkaskan istilah penting.
Berikan strategi umum untuk mengemudi politik pejabat secara beretika dan mengekalkan profesionalisme.
Bantu saya menulis renungan tentang bulan pertama saya di tempat kerja, fokus pada perkara yang berjalan dengan baik, perkara yang saya pelajari dan perkara yang ingin saya perbaiki.
Senaraikan etika pejabat biasa yang dijangka seperti ketepatan masa, responsif dalam komunikasi dan adab e-mel bagi seseorang yang baharu dalam pekerjaan korporat. Nyatakan amalan ketenteraan biasa yang tidak selaras dengan budaya korporat (seperti tiba 10-15 minit lebih awal).
Cipta senarai semak item yang perlu dibawa dan templat jadual perjalanan untuk perjalanan perniagaan pertama saya. Sertakan petua untuk menjejaki perbelanjaan.